Menu
Kod_rantau_DVD Kod rantau dan negaraKod rantau | Kawasan |
---|---|
0 | Istilah tidak rasmi bermakna "seluruh dunia". Rantau 0 bukan set rasmi; cakera yang memegang simbol rantau 0 atau tiada bendera set atau terdapat set bendera rantau 1-6. |
1 | Amerika Syarikat, Kanada, Bermuda, Wilayah-wilayah A.S. |
2 | Eropah (kecuali Rusia, Ukraine, dan Belarus), Timur Tengah, Mesir, Jepun, Afrika Selatan, Swaziland, Lesotho, Greenland, Wilayah Luar Negeri Perancis |
3 | Asia Tenggara, Korea Selatan, Republik China (Taiwan), Hong Kong, Macau |
4 | Mexico, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Caribbean, New Zealand, Australia, Papua New Guinea dan kebanyakan Oceania |
5 | Pakistan, India, Afghanistan, Sri Lanka, Ukraine, Belarus, Rusia, Afrika (kecuali Mesir, Afrika Selatan, Swaziland, dan Lesotho), Asia Tengah dan Asia Selatan, Mongolia, Korea Utara |
6 | China |
7 | Dirizabkan untuk kegunaan masa depan DVD berkaitan MPAA dan "salinan media" pra-keluaran di Asia) |
8 | Tempat antarabangsa seperti pesawat, kapal persiaran, dll. |
ALL | Cakera rantau SEMUA (ALL) terdapat set semua lapan bendera, membenarkan cakeranya dimainkan di mana-mana pemain tempatan. |
DVD dijual di Negara-negara Baltik menggunakan kedua-dua kod rantau 2 dan 5. DVD dijual di di Jepun menggunakan kod rantau 2, manakala Macau dan Taiwan menggunakan kod rantau 3. Hong Kong dahulu menggunakan rantau 3 dan telah menambahkan rantau 6 sejak penyatuan semula dengan tanah besar China, kini menggunakan kedua-duanya.
Rantau 0 (boleh dimainkan di semua rantau kecuali 7 dan 8) secara luas digunakan oleh China dan Filipina. DVD di Amerika Latin Hispanophone menggunakan kedua-dua kod rantau 1 dan rantau 4. Kebanyakan DVD di India menggabungkan kod rantau 2, rantau 4, dan rantau 5; Cakera Disney India hanya mengandungi kod rantau 3.
DVD rantau 2 Eropah mungkin disubkodkan "D1" ke "D4". "D1" ialah keluaran United Kingdom sahaja; "D2" dan "D3" tidak dijual di UK dan Ireland; "D4" diedarkan ke seluruh Eropah.
Apa-apa penggabungan rantau boleh diterap kepada suatu cakera. Contohnya, DVD ditetapkan Rantau 2/4 sesuai untuk dimainkan semula di Eropah Barat, Oceania, dan kawasan lain berkod Rantau 2 atau Rantau 4. Cakera dipanggil "Rantau 0" dan "SEMUA" boleh dimainkan di seluruh dunia.
Menu
Kod_rantau_DVD Kod rantau dan negaraBerkaitan
Kod rantau DVD Kod INSEE Kod QR Kod ATC S01 Kod Hammurabi Kodi Rasheed Kod ATC J01 Kod ATC N02 Kod ATC C07 Kod ATC J07Rujukan
WikiPedia: Kod_rantau_DVD http://www.hometheaterinfo.com/dvd3.htm http://www.multiregionguide.com/ http://www.dvdcodes.net/FAQ.htm http://www.amazon.co.uk/gp/help/customer/display.h...